05 July 2009

perhatian

Assalamualaikum w.b.t....
Salam aspirasi wawasan kepada semua warga Kolej Aminuddin Baki. Semester 1 sesi2009/2010 telah bermula., semester 2 sesi 2008/2009 telah melabuhkan tirainya. Kini tirai 2009/2010 telah tersingkap. Biro Akademik dan Kerjaya, Kolej Aminuddin Baki telah mempunyai nakhoda baru. Nakhoda baru diharapkan dapat mengemudi bahtera Akedemik dan kerjaya terus belayar ketengah lautan untuk memperoleh kejayaan dan membawa kolej Aminuddin Baki berada dipunjak jaya. Seperti tahun-tahun sebelumya, Biro Akedemik dan Kerjaya mempunyai dua unit iaitu unit suara bitara dan unit fasilitator. unit suara bitara lebih cenderung kepada debat, pidato, pengacaraan majlis, sajak dan bidang pengucapan awam yang lain. Manakala Unit Fasilitator lebih tertumpu kepada pembentukan jati diri dan mereangka modul dan melakukan aktiviti yang melibatkan sekolah-sekolah di Malaysia. Unit Fasilitator adalah satu unit yang mengasah bakat dan membentuk nilai-nilai moral dalam diri pelajar dan membantu mereka yang memerlukan kekuatan dari segi emosi dan rohani. Warga Kolej Aminuddin Baki dialu-alukan untuk menjadi ahli bagi kedua-dua unit ini yang merupakan unit Biro Akedemik dan Kerjaya. Pengambilan ahli akan diuruskan oleh Biro Perhubungan Awm dan Antarabangsa. Warga Kolej Aminuddin Baki diharapkan agar dapat memberi kerjasama yang sebaiknya kepada Biro Akademik Kerjaya Kolej Aminuddin Baki. Sama-samalah kita mengharumkan nama kolej dan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

17 June 2009

Pengumuman

Blog ini dalam proses baik pulih. Proses baik pulih ini tidak lama dan dijangka selesai pada 19 Jun 2009. Harap maaf